Rabu, 5 Oktober 2016 | 2:34pm

49 pelajar SMK Guar Chempedak keracunan makanan


HOSPITAL Yan.

YAN: Seramai 49 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, di sini, dikejarkan ke Hospital Yan pagi tadi selepas disyaki keracunan makanan.

Semua pelajar yang juga penghuni asrama sekolah itu, dikatakan mengadu sakit perut dan loya sebelum dikejarkan ke hospital kira-kira jam 10 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Sumber berkata, kebanyakan pelajar berusia antara 15 dan 17 tahun itu mula mengalami simptom berkenaan selepas minum petang di kantin asrama sekolah, namun keadaan bertambah teruk pagi ini.

Berita Harian X