Rabu, 5 Oktober 2016 | 1:06pm
GAMBAR fail, bekas pemain Barcelona, Xavi Hernandez (kanan) bersama pemain Real Madrid, Christiano Ronaldo ketika pasukan mereka bertemu pada La Liga, tahun lalu. - Foto nwikedinho.sportsblog.com

Xavi sokong Ronaldo menang Ballon d'Or

LONDON: Xavi Hernandez memberi sokongan kepada bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo untuk merangkul anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Bekas pemain tengah Barcelona itu tanpa sengaja memulakan perang mulut dengan Ronaldo, bulan lalu apabila dia mengatakan yang pemain antarabangsa Portugal itu tidak boleh dibandingkan dengan Lionel Messi.

Ronaldo membalas kritikan itu dengan menegaskan dia sudah memenangi anugerah pemain terbaik sebanyak tiga kali dan mengkritik keputusan Xavi berhijrah ke kelab Qatar, Al-Sadd bagi menghabiskan kerjayanya profesionalnya.

Bagaimanapun, Xavi enggan membalas komen dilemparkan Ronaldo sebaliknya memberi sokongan kepada pemain itu betapa dia calon pilihan utama bagi memenangi anugerah Ballon d'Or.

"Cristiano mempunyai peluang cerah untuk memenangi Ballon d'Or tahun ini. Dia menjuarai Liga Juara-Juara dan Euro 2016 (bersama Real dan Portugal).

"Namun, saya juga merasakan persaingannya adalah sengit kerana Messi turut menjadi calon," kata Xavi. - Agensi

Berita Harian X