Selasa, 4 Oktober 2016 | 5:56pm

BMLR giat lakukan pembersihan


RUANG legar utama Bukit Merah Laketown Resort (BMLR). - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

BUKIT MERAH: Pengurusan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) giat menjalankan kerja pembersihan kawasan taman tema airnya sambil dipantau kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Pengurus Besar BMLR, Kamal Hussein, berkata sejak menerima arahan penutupan dan melakukan kerja pembersihan, pihaknya memberi kerjasama penuh kepada jabatan berkenaan yang turut menghantar kakitangan memantau pelaksanaan arahan itu.

"Sehingga hari ini, pihak pengurusan dan kakitangan memberi komitmen penuh sehingga keputusan rasmi ujian kimia air diperoleh.

"Walaupun masih menanti keputusan ujian terbabit, kami tidak mengizinkan mana-mana pihak memasuki taman tema air atas faktor keselamatan serta mengelak unsur sabotaj," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berita Harian X