Selasa, 4 Oktober 2016 | 12:14pm

Mangsa lemas dikebumi di Alor Gajah


Jenazah mangsa lemas Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, Allahyarham Muhammad Abdullah, 22, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Alor Gajah. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

ALOR GAJAH: Muhammad Abdullah, 22, yang lemas bersama dua rakannya di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, pagi semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Alor Gajah, di sini, jam 11.15 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah yang tiba di rumah keluarganya di Taman Kelemak Perdana, malam tadi, dimandi dan dikafankan kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Jenazah disembahyangkan di Surau Al-Aliyah, Taman Kelemak Perdana dengan diimamkan bapa Allahyarham, Abdullah Said, 56.

Suasana sayu menyelubungi kediaman Allahyarham yang dipenuhi lebih 200 ahli keluarga dan sahabat handai.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi semalam, Muhammad bersama dua lagi rakannya, Azrul Hisham Azman, 27 dan Mohd Shazwan Rahim, 27, lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak.

Muhammad adalah penuntut tahun tiga jurusan Ilmu Wahyu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

20 dibaca
Berita Harian X