Rabu, 26 November 2014 | 5:28pm

Kanak-kanak ditemui lemas di kuala Masjid Terapung

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas di kuala sungai, belakang Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat kanak-kanak itu menerusi panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.20 petang, sebelum enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Mayat kanak-kanak itu yang belum dikenal pasti dan dianggarkan berusia 10 tahun, bagaimanapun dibawa ke darat oleh orang awam kira-kira jam 4 petang tadi.

Jurucakap itu berkata, mangsa dipercayai ke kuala sungai itu untuk mandi bersama beberapa rakannya sebelum kemudian dipercayai lemas.

Bagaimanapun akibat panik dan takut, rakan-rakannya dipercayai lari meninggalkan lokasi kejadian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis hingga dituntut keluarga kanak-kanak berkenaan," katanya.

Berita Harian X