Isnin, 3 Oktober 2016 | 2:26pm

Tiga ustaz lemas di Air Terjun Lubuk Jepun

GOMBAK: Tiga penuntut universiti lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.41 pagi dan dan mengerahkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bagi membantu operasi menyelamat.

"Ketika anggota tiba pada jam 11.50 pagi, semua mangsa sudah dibawa naik oleh orang awam.

"Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan Hospital Selayang," katanya.

Tiga penuntut berkenaan ialah Muhammad Abdullah, 22; Azrul Hisham Azman, 27, dan Mohd Shazwan Rahim, 27.


MANGSA lemas dari kiri, Azrul Hisham Azman, Mohd Shazwan Rahim dan Muhammad Abdullah.

Kawah Air Terjun Lubuk Jepun (atas).

Muhammad adalah penuntut tahun tiga jurusan Ilmu Wahyu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azrul Hisham difahamkan seorang pengajar dan bekas pelajar UIAM manakala Mohd Shazwan penuntut sarjana di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata berdasarkan maklumat awal mangsa dikatakan ke air terjun berkenaan bersama tiga rakan yang lain untuk berehat dan mandi-manda, kira-kira jam 10.40 pagi.

"Kita difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang mangsa cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke lubuk tetapi malangnya dia tergelincir dan jatuh di pusar air sedalam empat meter.

"Dua lagi rakannya yang cuba membantu turut lemas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


GAMBAR terakhir Mohd Shazwan sebelum kejadian.

30 dibaca
Orang ramai kelihatan masih mengunjungi Air Terjun Lubuk Jepun walaupun tiga penuntut universiti lemas pagi tadi.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersama penduduk kampung membawa keluar mayat seorang daripada tiga sahabat yang lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak. - Foto Mohd Yusni Ariffin
SUASANA pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika anggota keluarga dan kenalan mangsa lemas berhimpun menziarah jenazah. - Foto Asyraf Hamzah
Berita Harian X