Sabtu, 1 Oktober 2016 | 3:09pm

3 lagi kes Rotavirus dikesan di Perak

Rotavirus.

IPOH: Tiga lagi kes jangkitan Rotavirus dipercayai berpunca dari taman tema air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dikesan di Perak, menjadikan 19 kes di negeri itu setakat ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam), Dr B Venugopalan, berkata 19 kes itu membabitkan mangsa yang mengalami cirit-birit dan dilaporkan mempunyai kaitan dengan taman tema air berkenaan.

"Kolam mandi (di BMLR) hanya akan dibuka selepas kita berpuas hati sepenuhnya terhadap semua proses cegah jangkitan oleh pengusaha pusat peranginan berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Dr Venugopalan dalam kenyataannya mengesahkan berlaku 30 kes jangkitan Rotavirus yang dikaitkan dengan BMLR di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Berita Harian X