Jumaat, 30 September 2016 | 6:19pm

Aerobik Dance KPJ sempena Hari Jantung Sedunia


SERAMAI 250 orang terdiri daripada kakitangan Hospital KPJ Perdana (KPJ Perdana) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bergambar kenangan selepas senamrobik sempena Hari Jantung Sedunia 2016 di Taman Tengku Anis, Kota Bharu. - Foto Attirmidzie Rahman

KOTA BHARU: Seramai 250 peserta terdiri daripada kakitangan Hospital KPJ Pakar Perdana (KPJ Perdana) serta ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) menyertai Program Aerobik Dance sempena Hari Jantung Sedunia 2016, di sini, hari ini.

Acara itu diadakan di Taman Tengku Anis, pagi ini dan berakhir tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yasser Arafat Ishak, berkata program itu diadakan sempena sambutan Hari Jantung Sedunia yang disambut pada 29 September setiap tahun.

"Program aerobik ini bertujuan menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya menjaga kesihatan jantung dengan melakukan senaman," katanya ketika ditemui selepas menyertai senaman aerobik, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Perhubungan Awam KPJ Perdana, Suffian Long Mohamed Noor dan Ketua Jabatan Fisioterapi, Mat Nasir Tajudin.

Berita Harian X