Khamis, 29 September 2016 | 1:26am
MANGSA Mohd Nazri Jusoh.

Pemandu treler maut tayar meletup


MAYAT mangsa diangkat anggota penyelamat. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Seorang pemandu treler maut terkena serpihan tayar trelernya yang tiba-tiba meletup.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Mohd Nazri Jusoh, 41, dikatakan memberhentikan treler di Jalan Jerangau-Jabur,  dekat Bukit Besi.

Mangsa dari Kampung Tok Dir, Kuala Terengganu dikatakan turun untuk memeriksa tayar bahagian belakang trelernya apabila ia tiba-tiba meletup.

Serpihan tayar yang meletup itu terkena pada muka, badan dan tangan. Muka mangsa dikatakan hancur akibat letupan itu dan mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Mangsa yang membawa muatan simen, dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Jaswari Awang, berkata sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian,  pihaknya mendapati mangsa sudah meninggal dunia di sisi trelernya.

"Jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Berita Harian X