Selasa, 27 September 2016 | 3:13pm
DARI kiri ke kanan; Pengurus Besar OSIM Malaysia, Chia Sook Fun, Duta OSIM uDiva, Lee Min-ho dan Pengerusi OSIM Malaysia, Dato Tay Sim Kimmeraikan Ulang Tahun OSIM ke-35. - Foto https://hype.my

OSIM beri ganjaran kepada pemenang pingat Paralimpik di Rio

KUALA LUMPUR: Kejayaan atlet paralimpik negara terus mendapat perhatian apabila OSIM Malaysia turut memberi ganjaran produk terlaris mereka kerusi urut uLove buat pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio.

OSIM Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan kejayaan luar biasa dan memberi inspirasi itu adalah tanda ucapan tahniah dan sokongan terhadap atlet ini bagi mengembalikan tenaga mereka selepas saingan sengit.

"Atlet paralimpik kita membanggakan negara dengan kejayaan mereka. Dengan dedikasi dan ketabahan mereka sudah menyentuh jutaan rakyat Malaysia dan kami berbangga dapat memainkan peranan dalam menghadiahkan mereka dengan kerusi urut ini," kata Pengurus Besar OSIM Malaysia Sdn Bhd, Chia Sook Fun.

"Kami percaya mereka berhak mendapat ganjaran ini kerana mengharumkan nama negara dan akan dikenang oleh semua. Ganjaran kecil ini adalah sebagai tanda penghargaan bagi menggalakkan mereka untuk mencapai kejayaan lebih besar," katanya.

Ganjaran itu adalah bersempena dengan kempen REWARD MY Team oleh OSIM yang turut diberikan sama kepada pencapaian atlet Olimpik negara.

Pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) lelaki; Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dan Abdul Latif Romly menerusi acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) yang merangkul emas akan memperoleh kerusi urut uLove.

Sementara itu pemenang gangsa, Siti Noor Radiah Ismail yang meraih gangsa dalam acara lompat jauh wanita T20 memperoleh peralatan urut mudah alih, OSIM uCaress 3D Massage.

Radiah juga bakal menerima peralatan urut kaki, OSIM uPhoria Warm.

Berita Harian X