Sabtu, 24 September 2016 | 4:16pm

Lelaki hilang kali kelapan ditemui

LIMBANG: Seorang lelaki pekak dan bisu berusia 68 tahun yang hilang untuk kali ke lapan selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pengkalan Rejab di sini, ditemui semula tengah hari tadi. 

Lelaki itu, Setimbang Asrial, ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan keselamatan yang terbabit dalam operasi itu sejak kelmarin. 

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Limbang, Ahmad Naufal Abdullah berkata, mangsa dijumpai merayau dalam hutan sekitar 10 kilometer daripada kampungnya.  

"Ketika dijumpai mangsa memakai baju biru dan berseluar hitam," katanya di sini, semalam. 

Beliau berkata, mangsa sudah dihantar ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut.

Berita Harian X