Jumaat, 23 September 2016 | 11:41am
SITI Nur Fattihah Mohd, 22, bersama suaminya Mohd Zulkifli dan anaknya, Ummu Najwa Nasuha ketika ditemui di rumahnya di Kampung Apa-apa, Pasir Mas, 11 September lalu. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Kanak-kanak kanser rongga hidung meninggal dunia

KOTA BHARU: Kanak-kanak yang menderita kanser rongga hidung, Ummu Najwa Nasuha, 4, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, jam 2.40 pagi tadi.

Bapanya, Mohd Zulkifli Che Noh, 27, berkata anaknya meninggal dunia selepas dibawa mendapatkan rawatan kerana tidak dapat makan dan minum dengan sempurna.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chat, Gelang Mas, Pasir Mas selepas solat Jumaat, hari ini.

Kisah Ummu Najwa yang menghidap kanser rongga hidung atau Naso-Pharyngeal Carcinoma sejak Julai lalu, disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini.

Kanak-kanak itu hanya terlantar di rumahnya dan menerima rawatan alternatif selepas dimaklumkan peluang untuk hidup hanya 50-50 jika menjalani pembedahan.

Berita Harian X