Khamis, 22 September 2016 | 7:26pm

Abu Sayyaf bebas tebusan warga Indonesia


PENASIHAT Presiden Jesus Dureza, memberitahu pelepaskan tebusan Indonesia - Foto AP

MANILA: Militan Islam membebaskan seorang tahanan warga Indonesia di pulau terpencil di selatan Filipina, kata seorang komander tentera hari ini.

Pembebasan itu dibuat beberapa hari selepas enam tebusan diserahkan kepada kumpulan pemisah yang menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan.

Herman Manggak dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf dikaitkan dengan Al-Qaeda semalam kepada Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) dan kemudian diserahkan kepada tentera hari ini, kata Komander Briged Tentera Brig Jeneral Arnek dela Vega.

"Pembebasan mangsa adalah hasil operasi tentera tanpa lelah, digabungkan dengan usaha sektor berbeza, terutama unit kerajaan tempatan di Sulu dan pihak berkepentingan lain," kata dela Vega kepada media.

Dela Vega berkata, mereka tiada maklumat jika wang tebusan dibayar untuk pembebasan itu walaupun dipercayai secara meluas tiada tawanan dibebaskan Abu Sayyaf tanpa sebarang bayaran.

Tahanan berusia 30 tahun itu meminta makanan dan bersemangat selepas tiba di sebuah pangkalan tentera hari ini, kata seorang jurucakap tentera.

Minggu lalu, Abu Sayyaf, terkenal kerana menculik, memeras ugut dan memenggal kepala tebusan di selatan Filipina, membebaskan tiga warga Indonesia, dua Filipina dan seorang warga Norway di Jolo.

Abu Sayyaf masih menawan 15 tebusan, lima rakyat Indonesia, lima (Malaysia), empat (Filipina) dan seorang warga Belanda. - Reuters

Berita Harian X