Khamis, 22 September 2016 | 5:05pm

Siti Noor Radiah dapat insentif tambahan


SITI Noor Radiah Ismail.

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pemberian tambahan ganjaran RM100,000 kepada pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik Rio, Siti Noor Radiah Ismail.

Menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet (SHAKAM), atlet paralimpik negara yang menyertai Sukan Paralimpik di Rio 2016 menerima insentif bernilai RM1 juta untuk pingat emas.

Pingat emas negara di Rio diperoleh menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran), Abdul Latif Romly acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dan gangsa menerusi Siti Noor Radiah acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran).

12 dibaca
Berita Harian X