Selasa, 20 September 2016 | 4:31pm

Lelaki terjun sungai dikhuatiri lemas

DUNGUN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke sungai dekat Jeti Kuala Paka, tengah hari tadi.

Mangsa, Alwi Salleh, 56, bersama tiga rakannya sedang berehat di kawasan jeti itu terjun ke dalam sungai selepas menyedari kehadiran sekumpulan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri yang mengadakan operasi di situ, jam 12.45 tengah hari.

Bagaimanapun, tiga rakannya berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa yang tinggal di Taman Hadari Paka, tidak timbul.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan berkata polis serta pasukan bomba melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa tetapi sehingga jam 3.30 petang ini, mangsa belum ditemui.

Berita Harian X