Selasa, 20 September 2016 | 9:42am

12 lagi pasukan sahkan penyertaan DeTIK ke-3


URUS SETIA Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) ke-3 mengadakan kunjungan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur untuk mempromosi program berkenaan di Kuala Lumpur. - Sumber IPGKIK

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 lagi pasukan mengesahkan penyertaan dalam Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) ke-3 anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, di sini, pada 7 hingga 10 Oktober ini.

Ini menjadikan keseluruhan 42 pasukan sehingga kini menyertai debat yang menampilkan format dan gaya perdebatan Parlimen British itu.

Mengikut sekretariat penganjur, 12 pasukan berkenaan ialah Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) A, UNIKL B, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu A dan Universiti Utara Malaysia (UUM) A.

Seterusnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) A, UKM B, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) A, UPNM B, Politeknik Ibrahim Sultan A, Politeknik Ibrahim Sultan B, Institut Pendidikan Guru (IPG) Rajang A dan IPG Rajang B.

Penyertaan untuk pertandingan DeTIK ke-3 anjuran IPGKIK dilanjutkan dari 15 September lalu kepada 30 September ini.

Antara rakan kolaborasi utama program bertemakan `Pendidikan dan Kepemimpinan Muda' itu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

Berita Harian X