Isnin, 19 September 2016 | 5:54pm
Setiausaha Kehormat Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong (kiri) bersama Ketua Komersil Air Asia, Spencer Lee Teck Loong ketika sidang media Air Asia dan MATTA mengenai MATTA Fair Penang di Pejabat MATTA, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. - Foto Zulaikha Zainuzman

MATTA Fair kembali ke Pulau Pinang


Setiausaha Kehormat Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong (dua dari kiri) bersama Ketua Komersil Air Asia, Spencer Lee Teck Loong (tengah) ketika sidang media Air Asia dan MATTA mengenai MATTA Fair Penang di Pejabat MATTA, Tanjung Tokong, Pulau Pinang, semalam. - Foto Zulaikha Zainuzman

GEORGETOWN: Penduduk Pulau Pinang berpeluang membeli terus pakej pelancongan dalam dan luar negara pada harga berpatutan pada Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Pulau Pinang 2016 mulai Jumaat ini. 

Setiausaha Kehormat MATTA Fair, Nigel Wong, berkata MATTA Fair kembali ke Pulau Pinang atas permintaan menggalakkan selepas tiga tahun ia tidak diadakan di negeri ini. 

Katanya, pameran kali ini dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung berikutan penyertaan 41 agensi pelancongan domestik dan antarabangsa. 

"Kita anggarkan dapat menarik lebih 15,000 pengunjung ke MATTA Fair selama tiga hari ia diadakan di pusat beli-belah Straits Quay, di sini," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Sementara itu, Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee Teck Loong, berkata AirAsia akan memberi diskaun pakej pelancongan sebanyak 20 peratus ke semua destinasi pelancongan yang ditawarkan sepanjang pameran berkenaan. 

"Pakej pelancongan yang ditawarkan adalah sangat berbaloi kerana harga jauh lebih rendah daripada pasaran," katanya.

Berita Harian X