Ahad, 18 September 2016 | 1:34pm

Leganes mangsa amuk trio MSN Barcelona


PEMAIN Barcelona, Lionel Messi raikan jaringan bersama Luis Suarez. - Foto Reuters

MADRID: Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar semuanya meledak gol untuk membantu Barcelona kembali pada landasan kemenangan dalam saingan La Liga dengan membelasah pendatang baharu Leganes 5-1.

Antoine Griezmann dan Fernando Torres pula menjaringkan dua gol untuk Atletico Madrid naik ke tangga keempat dengan kemenangan ketiga dalam seminggu selepas mengalahkan Sporting Gijon 5-0.

Barca berkongsi mata dengan Real Madrid di kedudukan teratas liga, tetapi Madrid akan mengharungi permainan mereka berdepan Espanyol awal pagi esok tanpa Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang dibelenggu kecederaan.

Atletico pula akan berkunjung ke Barcelona untuk perlawanan pada Khamis ini.

"Kami bermula dengan baik. Jika kami bermula perlahan, pemikiran kami hanya perlu mendapatkan kemenangan, maka kami terus akan bergelut lagi," kata bos Barca, Luis Enrique.

Messi, Suarez dan Neymar berada dalam skuad utama buat kali kedua musim ini termasuk ketika membelasah Celtic 7-0, Selasa lalu. - AFP

Berita Harian X