Sabtu, 17 September 2016 | 4:03pm

Messi lebih hebat daripada Ronaldo - Pele


DARI kiri; Messi, Pele dan Ronaldo. - Foto www.allxiiso.com

LONDON: Pele percaya Celtic berdepan pemain terbaik dunia, Lionel Messi yang meledak hatrik ketika Barcelona membelasah skuad The Hoops 7-0, Rabu lalu.

Pengurus Celtic, Brendan Rodgers, sudah menegaskan bintang Uruguay, Luis Suarez sebagai pemain utama di bahagian serangan selain Neymar yang menjadi ancaman kepada skuadnya.

Neymar meledak satu gol dan Suarez menjaringkan dua gol, manakala bintang Argentina, Messi menunjukkan kelasnya untuk menundukkan juara Scotland.

Bercakap pada sidang media di hotel Glasgow dalam majlis 'Sepetang Bersama Pele ', dia diminta memilih pemain nombor satu di dunia tahun ini.

Pele berkata: "Saya boleh menyebut beberapa nama tetapi apa yang berlaku dalam 10 hingga 15 tahun yang lalu, saya fikir Messi adalah pemain paling konsisten sepanjang tempoh itu, tiada keraguan lagi.

"Kita memiliki ramai pemain yang bagus. Kemudian, Cristiano Ronaldo tetapi ia adalah berbeza kerana Messi lebih teratur, dia menjaringkan banyak gol.

"Cristiano Ronaldo adalah seperti Ronaldo dari Brazil, dia adalah penjaring yang baik, tetapi bagi saya sebagai pemain (terbaik) ia adalah Messi." - Agensi

12 dibaca
Berita Harian X