Rabu, 14 September 2016 | 8:40pm
PERTANDINGAN Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) ke-3 anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, di IPGKIK, Cheras Kuala Lumpur pada 7 hingga 10 Oktober ini.

30 pasukan sertai Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) ke-3

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, sebanyak 30 pasukan mengesahkan penyertaan dalam Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) ke-3 anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Cheras, di sini pada 7 hingga 10 Oktober ini.

Mengikut sekretariat penganjur, pasukan terbabit adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam A, UiTM Shah Alam B, Universiti Malaya (UM) A, UM B, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) A, Politeknik Shah Alam A, Politeknik Shah Alam B, IPGKIK A, IPGKIK B, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Sultan Mizan B.

Seterusnya, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) A, POLISAS B, IPG Kampus Raja Melewar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) A, UTHM B, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Perlis A, Politeknik Perlis B, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor A, UTM Johor B, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM A) dan UIAM B.

Pasukan lain adalah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) A, UniSZA B, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan, UiTM Seremban A, UiTM Seremban B, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) A, dan KPTM KESEDAR B.

DeTIK ke-3 - Atas Nama Pendidikan anjuran IPGKIK akan menampilkan format dan gaya perdebatan Parlimen British dengan tarikh tutup penyertaan pada 15 September ini.

Antara rakan kolaborasi utama program bertema Pendidikan dan Kepemimpinan Muda itu adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

Berita Harian X