Rabu, 14 September 2016 | 12:46pm

Mangsa lemas ketiga anak Orang Asli ditemui


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat meneruskan usaha mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan lemas di Sungai Perak dekat Kampung Gajah. - Foto L.Manimaran

TELUK INTAN: Mayat ketiga mangsa lemas di Sungai Bidor, Batu 6, Kampung Gloster, Changkat Jong, dekat sini, ditemui pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, mayat Sheetel Kulop, 10, ditemui jam 7.20 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan itu ditutup susulan pasukan penyelamat berjaya menemui mayat ketiga-tiga mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Semalam, mayat kakaknya, Sherrel, 11 dan sepupu mereka, Norzehan Long Asing, 13, masing-masing ditemui pada jam 11.15 pagi dan 11.35 pagi, selepas tergelincir dari tebing dan dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berkenaan pada jam 11.06 pagi hari sama.

Mangsa berada di kawasan berkenaan bersama beberapa ahli keluarga yang lain untuk menjalankan upacara ritual masyarakat Orang Asli suku Semai.

Berita Harian X