Rabu, 14 September 2016 | 9:12am

Arsenal, PSG sama kuat


PEMAIN Arsenal, Alexis Sanchez diasak pemain Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos pada aksi Liga Juara-Juara di Paris, awal pagi tadi. - Foto Reuters

PARIS: Alexis Sanchez muncul wira Arsenal apabila meledak gol pada baki 12 minit terakhir bagi membenarkan The Gunners mengikat Paris Saint-Germain (PSG) 1-1 dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

PSG mendahului seawal babak pertama perlawanan bermula menerusi tandukan Edinson Cavani di saat ke-42, yang menjadi gol terpantas PSG dalam Liga Juara-Juara.

Penyerang Chile, Sanchez, bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-77 sebelum kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas Olivier Giroud dan Marco Verratti diarah keluar padang.

Keputusan itu meletakkan Arsenal berada di posisi baik dalam Kumpulan A apabila satu lagi perlawanan menyaksikan Basel dan Ludogorets Razgrad, juga menamatkan saingan dengan keputusan 1-1.

"Kami mempunyai pengalaman dalam Liga Juara-Juara, kami mempunyai daya tahan dan kami mengutip mata yang bagus," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Sementara itu, jurulatih PSG, Unai Emery berkata: "Saya tidak gembira dengan keputusan ini tetapi saya gembira dengan cara kami bermain. Ini adalah cara yang perlu dimainkan di masa hadapan." - AFP

Berita Harian X