Isnin, 12 September 2016 | 10:46am

Tiga maut nahas dua kenderaan dekat Alor Gajah

ALOR GAJAH: Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Machap-Durian Tunggal, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua daripada tiga yang maut menaiki kenderaan Toyota Vios manakala seorang lagi adalah pemandu Proton Waja.

Jurucakap polis berkata, tiga mangsa yang maut itu berusia antara 22 dan 51 tahun manakala tiga lagi cedera parah yang juga penumpang Toyota Vios berusia lingkungan antara 22 dan 23 tahun.

Katanya, mangsa maut dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala yang lain dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawaran lanjut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kami sedang kenal pasti identiti tiga mangsa yang maut dalam kemalangan," katanya.

KEADAAN kereta Proton Waja yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Machap-Durian Tungal, Alor Gajah, pagi ini.

KEADAAN kereta Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Machap-Durian Tungal, Alor Gajah, pagi ini.
Berita Harian X