Isnin, 12 September 2016 | 9:52am

Agong, Permaisuri solat sunat Aidiladha di Langkawi


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tiba di Masjid Aishah, Kampung Sungai Menghulu untuk menunaikan solat sunat Aidiladha. - Foto BERNAMA

LANGKAWI: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Aishah, Kampung Sungai Menghulu di sini.

Keberangkatan tiba baginda berdua kira-kira 8.30 pagi disambut Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi, Isahak Murat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan; pegawai kanan kerajaan dan masyarakat setempat di Langkawi. - BERNAMA

Berita Harian X