Ahad, 11 September 2016 | 6:51pm
Keadaan rumah mangsa di Felda Jerangau, Dungun, yang terjejas akibat ribut, petang tadi. - Foto Rosli Ilham

Lebih 100 buah rumah rosak dibadai ribut

Keadaan rumah mangsa di Felda Jerangau, Dungun, yang terjejas akibat ribut, petang tadi. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Sebanyak 110 rumah penduduk di Felda Jerangau, dekat sini, rosak teruk selepas dibadai ribut, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, dua buah sekolah tadika di kawasan terbabit turut terjejas akibat angin kencang.

Selain itu, sebuah kereta PROTON Wira dan sebuah lori tiga tan milik penduduk setempat turut rosak akibat ditimpa pokok besar yang tumbang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Jaswari Awang, berkata sepasukan 10 anggota bomba dengan sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengalihkan pokok yang tumbang.

Katanya, pihaknya sedang berusaha mengalihkan pokok yang menghempap dua buah rumah penduduk di kawasan berkenaan.

"Sehingga jam 6 petang ini anggota kita sedang berusaha mengalihkan pokok yang tumbang bagi di sekitar kawasan ini, namun kerja-kerja pengalihan dijangka akan memakan masa sedikit," katanya.

Berita Harian X