Ahad, 11 September 2016 | 7:06am

Kerber juarai Terbuka AS


ANGELIQUE Kerber mengucup pialanya selepas muncul juara tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) menewaskan Karolina Pliskova 6-3, 4-6, 6-4 pada aksi final di Flushing Meadows, New York, awal pagi tadi. - Foto EPA

NEW YORK: Juara dunia yang baharu, Angelique Kerber muncul juara tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi selepas menewaskan Karolina Pliskova dari Republik Czech 6-3, 4-6, 6-4 pada aksi final, sebentar tadi.

Kerber dari Jerman begitupun diheret kepada permainan tiga set oleh lawannya yang juga pemain pilihan ke-10 kejohanan.

Ia adalah kejuaraan Grand Slam kedua Kerber pada musim ini selepas menggondol kejuaraan major pertamanya di Terbuka Australia pada Januari lalu. - AFP

INFO: Perjalanan Angelique Kerber (pilihan kedua) ke final:

Pusingan pertama: kalahkan Polona Hercog (SLO) 6-0, 1-0 - (tarik diri)

Pusingan kedua: kalahkan Mirjana Lucic-Baroni (CRO) 6-2, 7-6 (9/7)

Pusingan ketiga: kalahkan CiCi Bellis (USA) 6-1, 6-1

Pusingan keempat: kalahkan Petra Kvitova (CZE x14) 6-3, 7-5

Suku akhir: kalahkan Roberta Vinci (ITA) 7-5, 6-0

Separuh akhir: kalahkan Caroline Wozniacki (DEN) 6-4, 6-3

Akhir: kalahkan Karolina Pliskova (CZE x10) 6-3, 4-6, 6-4

Berita Harian X