Ahad, 11 September 2016 | 6:55am

Muhammad Ziyad cipta rekod baharu dunia, paralimpik


ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli. - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Malaysia dihadiahkan pingat emas kedua paralimpik oleh atlet Muhammad Ziyad Zolkefli yang turut mencipta rekod baharu dunia dan Sukan Paralimpik dalam acara lontar peluru F20.

Muhammad Ziyad untuk acara F20 (masalah pembelajaran), melakukan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau dalam kejohanan itu di Rio de Janeiro, Sabtu.

Rekod dunia dan paralimpik sebelum ini, 16.29m, dipegang Todd Hodgetts dari Australia pada edisi kejohanan di London 2012.

Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa milik Hodgetts dengan 15.82m. - BERNAMA

Berita Harian X