Sabtu, 10 September 2016 | 12:10pm
KEADAAN pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kampung Batu-Kampung Miku, Rembau, malam tadi. - Foto ihsan bomba

2 maut nahas treler, kenderaan 4x4


KEADAAN lori treler yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kampung Batu-Kampung Miku, Rembau, malam tadi. - Foto ihsan bomba

REMBAU: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan treler dan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di Kilometer 2, Jalan Kampung Batu-Kampung Miku di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan pemandu treler dari Arau, Perlis, Kamarulfaiz Abd Razak, 35, dan pemandu 4WD dari Bahau dekat sini, Ng Choon Poh, 55, meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit dalam kenderaan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Ibrahim Shariff, berkata siasatan awal mendapati Kamarulfaiz yang dalam perjalanan dari Kampung Miku, dipercayai memasuki laluan bertentangan.

"Ia menyebabkannya bertembung dengan 4x4 dari arah Kampung Batu," katanya di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, mayat dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 malam dan bergegas ke lokasi bersama satu jentera serta lapan pegawai dan anggota.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

20 dibaca
Berita Harian X