Jumaat, 9 September 2016 | 11:04pm

TUDM, MBI tentukan juara Liga Hoki Perak

IPOH: TUDM dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan bertemu dalam perlawanan akhir Liga Hoki Perdana TNB Perak 2016 di Stadium Azlan Shah, pagi esok.  

TUDM mara ke final selepas mengejutkan pasukan pilihan, Anderson Thunderbolts 2-0 di separuh akhir, manakala MBI mengenepikan Politeknik Perak. 

Kejohanan kali pertama anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada juara manakala naib juara RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000.    

Sementara itu, Anderson Puma muncul juara Liga Super selepas menundukkan Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK ) 2-0. 

Anderson Cheetah menduduki tempat ketiga selepas mengatasi Anderson Panther 1-0.  Gunung Rapat Highlander pula muncul juara kategori wanita selepas menewaskan RPS Beesone 1-0.

Berita Harian X