Rabu, 7 September 2016 | 7:56pm
KEMALANGAN membabitkan bas ekspress dan treler muatan sawit di Kilometer 38 Jalan Bahau - Kemayan.

11 penumpang selamat, bas bertembung treler

JEMPOL: Seramai 11 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah treler membawa muatan sawit di Kilometer 38, Jalan Bahau-Kemayan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian jam 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila treler terbabit hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

"Treler itu merempuh bahagian hadapan sebelah pemandu bas sebelum bergesel dan terbalik. Pemandu treler cedera ringan, manakala pemandu dan penumpang bas itu tidak cedera," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penumpang bas yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Melaka meneruskan perjalanan menaiki sebuah bas lain yang dihantar syarikat bas ekspres terbabit.

Berita Harian X