Sabtu, 3 September 2016 | 7:11pm

Pameran MATTA sasar lebih 100,000 pengunjung


ORANG ramai membanjiri Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 pengunjung dijangka mencari peluang terbaik pada pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ke-42 selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini.

Pameran pelancongan terbesar di Malaysia itu menjanjikan kelainan apabila Terengganu diberi tumpuan sebagai destinasi utama pelancongan dalam negara.

Presiden MATTA, Datuk Hamzah Rahmat, berkata pameran kali ini memberi lebih perhatian kepada pelancongan Terengganu manakala Indonesia sebagai destinasi utama Asia.

"Pameran mempromosikan Terengganu kerana ia antara yang paling ramai dikunjungi pelancong, selain mengambil kesempatan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

"Kita mempunyai 16 gerai pameran yang pastinya menjanjikan tawaran harga dengan pakej menarik kepada orang ramai," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Berita Harian X