Khamis, 1 September 2016 | 4:02pm

11street, Domino's Pizza tawar baucar 'beli satu percuma satu pizza'


PELANGGAN yang membeli set promosi 'Fabulous Four' Domino's Pizza akan turut menerima baucar 11street bernilai RM11.

KUALA LUMPUR: Pengendali pasaran dalam talian, 11street dengan kerjasama Domino's Pizza akan menawarkan promosi menerusi kod baucar yang melayakkan orang ramai untuk beli satu, percuma satu pizza bermula hari ini hingga 30 September 2016.

Baucar itu boleh ditebus di laman web rasmi Domino's Pizza dari 1 September hingga 7 Oktober.

Ia ditawarkan khas kepada mereka yang membeli barang dalam talian, 11street di mana pembeli akan menerima kod baucar menerusi emel sejurus pembelian dibuat.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim, berkata kerjasama dengan Domino Malaysia menunjukkan komitmen pihaknya untuk memberi ganjaran kepada pembeli di atas kesetiaan dan sokongan mereka yang berterusan.

"Menerusi kerjasama ini, kami berharap untuk bukan sahaja menggembirakan pembeli kami dengan tawaran istimewa pelbagai produk, tetapi juga menyerlahkan nilai tambahan dan manfaat membeli-belah secara dalam talian di 11street," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan, berkata pelanggan yang membeli set 'Fabulous Four' di Domino's Pizza Malaysia  akan menerima menerima baucar 11street bernilai RM11.

Set itu terdiri daripada empat kompilasi unik termasuk hidangan sampingan kegemaran pelanggan pada harga RM19.90 yang ditawarkan sejak 15 Ogos lalu. 

Kompilasi itu ialah Roasted Chicken Drummets, Domino's Cheesy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan Domino's Mini Cinnadots.

Linda berkata, pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan produk terbaru iaitu Fabulous Four yang mencerminkan usaha untuk memenuhi citarasa pelanggan.

Berita Harian X