Jumaat, 21 November 2014 | 10:11pm
PEMAIN Terengganu (jersi kuning) diasak oleh pemain TNB (jersi merah) pada perlawanan Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. - Foto Aswadi Alias
PEMAIN UNIKL, Muhammad Haziq Samsul (kanan) mengasak pemain Sapura, Joel Samuel Van Huizen dalam Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Hoki: KLHC belasah Maybank, kuatkan cengkaman gelaran


PEMAIN KLHC, Akhtar Ali (kanan) diasak oleh pemain Maybank, Mohd Riduan Mohamad Nasir pada aksi Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki, Bukit Jalil. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Juara berganda, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) membelasah Maybank 5-1, hari ini untuk mengukuhkan cengkaman memburu gelaran Liga Hoki Malaysia (LHM).

Jika KLHC menewaskan Sapura dan Pasukan Hoki Terengganu (THT) menewaskan Maybank dalam saingan, Ahad ini bererti gelaran Liga Perdana musim ini bakal ditentukan di Kuala Terengganu pada 28 November apabila THT bertemu KLHC.

Gol KLHC disumbang Harvinder Singh pada minit kesembilan, Muhamamd Imran (m-11), Razie Rahim (m-22), Rashid Baharom (m-34) dan Syamim Yusof (m-5o). jaringan tunggal Maybank adalah sumbangan Shakeel Abbasi (m-35).

Dalam perlawanan lain, Sapura dan UniKL seri 3-3 manakala THT terus menghambat pendahulu liga dengan menewaskan Tenaga Nasional (TNB) 4-2.


PEMAIN UNIKL, Mohamad Ashran Hamsani (tiga dari kanan) meraikan jaringan pertama pertemuan dengan Sapura dalam Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KEPUTUSAN

Terengganu HT...... 4 Tenaga Nasional........ 2

UniKL...................... 3 Sapura........................ 3

Maybank................ 1 KLHC.......................... 5

AHAD

Terengganu HT mln Maybank

(Kuala Terengganu, 5 ptg)

KLHC mln Sapura

(Std Nasional Bkt Jalil, 6 ptg, pdg II)

Tenaga Nasional mln UniKL

(Std Nasional Bkt Jalil, 8 mlm, pdg II).

KEDUDUKAN

P M S K J B Mt

KLHC.......................7 7 0 0 27 7 21

TERENGGANU........7 6 0 1 31 14 18

TENAGA..................7 3 0 4 13 15 9

SAPURA...................7 1 3 3 14 22 6

MAYBANK...............7 0 3 4 12 21 3

UNIKL .....................7 0 2 5 7 25 2

Berita Harian X