Rabu, 31 Ogos 2016 | 5:59pm
SERAMAI tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba Selayang, dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kemalangan.
BAS yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara dilaporkan gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Bas pesiaran terbalik, 12 pelancong Singapura cedera


12 pelancong Singapura cedera selepas bas pesiaran terbalik di KM31.3 Lebuhraya Karak, petang ini.

GOMBAK: Seramai 12 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas persiaran cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 31.3, Lebuhraya Karak, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 3.50 petang, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara dilaporkan gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata bas itu kemudian dilaporkan terbalik hingga menghalang dua lorong di laluan berkenaan.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba Selayang, dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kemalangan itu namun sebaik tiba semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

"Hasil pemeriksaan, 12 penumpang yang juga pelancong warga Singapura dan dua pemandu bas dan pembantunya kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Akibat kemalangan itu, laluan dari arah Bentong menuju ke Plaza Tol Gombak, mengalami kesesakan teruk sepanjang hampir dua kilometer.

Berita Harian X