Selasa, 30 Ogos 2016 | 10:18pm

Tomas Rosicky kembali ke Sparta Prague

PRAGUE: Selepas berkelana selama 15 tahun di Borussia Dortmund dan Arsenal, perancang Republik Czech, Tomas Rosicky kembali ke kelab lamanya, Sparta Prague.

Sparta mengumumkan perpindahan itu, hari ini dan butir terperinci mengenai perpindahan itu akan diumumkan dalam sidang media, selepas ini.

Rosicky, 35, yang kariernya bersama Arsenal sering dihimpit masalah kecederaan menamatkan 10 tahun terakhirnya bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu ketika kontraknya dijadual berakhir, musim ini.


PEMAIN perancang Republik Czech, Tomas Rosicky. - Foto AFP

Dianggap seorang daripada pemain paling berbakat pernah dimiliki Republik Czech, dia menghabiskan tiga musim bersama Sparta sebelum berpindah ke Dortmund pada 2001 yang memecah rekod perpindahan di Bundesliga.

Rosicky bermain 105 perlawanan antarabangsa bersama negaranya dan dia ketika ini masih belum memutuskan jika mahu meneruskan kariernya bersama skuad kebangsaan. - AP

Berita Harian X