Selasa, 30 Ogos 2016 | 2:40pm

PERODUA serah Bezza ke 10,000


Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr Zahari Husin (kanan) menyerahkan replika kunci Bezza kepada Zetty Aswani Fazwin Mahrol Fazwin dalam majlis ringkas di Petaling Jaya, sebentar tadi.

‎PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyerahkan Perodua Bezza ke 10,000 kepada pelanggan bertuah, Zetty Aswani Fazwin Mahrol Fazwin dalam majlis ringkas di sini, sebentar tadi.

"Kami berterima kasih kepada Zetty kerana memilih PERODUA Bezza. Ketika ini, kami berusaha untuk menyerahkan semua model pada masa secepat mungkin," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr Zahari Husin.

Majlis penyerahan Bezza ke 10,000 disaksikan Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh.

‎Setakat hari ini, PERODUA menjual 10,200 unit Bezza dengan 44 peratus adalah dari varian 1.3L Advanced Version (transmisi Automatik), 43 peratus bagi varian Premium X 1.3L (automatik), sembilan peratus Bezza 1.0L (automatik), tiga peratus Premium X 1.3L (manual) dan satu peratus Bezza 1.0L (manual).‎

Perodua Bezza juga merekodkan 25,000 tempahan sejak ia dibuka pada 16 Julai lalu.

Berita Harian X