Isnin, 29 Ogos 2016 | 2:37pm

Along Raja Lawak lafaz cerai talak satu terhadap isteri


ALONG Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33 menjawab soalan media selepas sah bercerai talak satu dengan isterinya, penyanyi Zila Seeron, 28 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. - Foto Saddam Yusoff

PETALING JAYA: Pelawak, Along Cham sah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF), Zila Seeron, di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini, hari ini.

Lafaz cerai kali pertama itu dibuat Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah pada jam 10.40 pagi.

Along selaku plaintif menerusi peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Terdahulu, Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron, 28, selaku defendan yang tidak diwakili peguam syarie bersetuju dengan permohonan plaintif untuk bercerai.

INFO

* Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010

* Dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial Muhammad Nizamudin, 5.

62 dibaca
Berita Harian X