Ahad, 28 Ogos 2016 | 6:08pm

220 peserta sertai MPK Merdeka Ride


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) memberi kata-kata semangat kepada para peserta Kayuhan Patriotik selepas melepaskan acara Merdeka Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 kategori 30KM dan 10KM di Presint 3 hari ini. - Foto BERNAMA

KUANTAN: Seramai 220 peserta dari dalam dan luar Pahang menyertai program Merdeka Ride anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini hari ini.

 Yang Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh, berkata program edisi pertama itu bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta.

"Untuk edisi kali ini, semua peserta perlu melengkapkan kayuhan sejauh 49 kilometer bermula di Padang Rekreasi Taman Gelora, dekat sini. Kita menerima penyertaan daripada pelbagai kaum dan agama, berharap acara ini dapat mewujudkan suasana harmoni selain menyemai rasa cinta rakyat kepada negara," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan sambutan menggalakkan, MPK bercadang menjadikan program berkenaan sebagai acara tahunan bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Berita Harian X