Ahad, 28 Ogos 2016 | 7:19am

Militan Kurdish lancar serangan roket di lapangan terbang Turki

ISTANBUL: Militan Kurdish membedil empat roket di lapangan terbang di tenggara bandar Diyarbakir, Turki pada Sabtu tanpa menyebabkan kehilangan nyawa, lapor agensi berita Dogan.

Roket berkenaan mendarat di kawasan lapang dekat pos kawalan polis di lapangan terbang itu, mengakibatkan letupan yang boleh kedengaran di seluruh bandar terbabit dan memecahkan tingkap.

Polis dikerah ke tempat kejadian tetapi tiada laporan berkaitan kematian atau kecederaan.

Agensi berita Dogan berkata, serangan itu dilakukan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan perang terhadap negara berkenaan sejak tiga dekad lalu.

Laporan berkata, jalan raya menuju lapangan terbang ditutup dan penerbangan ditangguhkan selepas serangan roket terbabit.

Kawasan di tenggara Turki dilanda keganasan sejak 2015 apabila gencatan senjata PKK selama dua tahun setengah berakhir. - AFP

Berita Harian X