Jumaat, 21 November 2014 | 11:10am
Telekom Malaysia Bhd (TM)

TM menang besar pada NACRA 2014

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) membolot Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan pada Anugerah Laporan Korporat Kebangsaan (NACRA) 2014.

TM turut memenangi Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Syarikat Papan Utama dalam Dagangan dan Perkhidmatan, Laporan Tahunan Terbaik dalam Bahasa Malaysia - Platinum, Anugerah Laporan Tanggungjawab Korporat Terbaik - Platinum dan Reka Bentuk Laporan Tahunan Terbaik - Emas.

NACRA dianjurkan bersama Bursa Malaysia Bhd, Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Sekretariat jawatankuasa penganjur NACRA 2014 dalam satu kenyataan hari ini berkata objektif utama anugerah itu adalah menggalakkan kecemerlangan dalam laporan korporat, ketelusan dan tanggungjawab yang lebih tinggi serta mengiktiraf laporan korporat berkualiti tinggi.

Anugerah Emas dan Perak bagi Laporan Tahunan Kecemerlangan Keseluruhan dirangkul masing-masing oleh Malayan Banking Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd.

Semua anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA

12 dibaca
Berita Harian X