Rabu, 24 Ogos 2016 | 2:02pm

Wanita maut motosikal terbabas

CHUKAI: Seorang wanita maut selepas motosikal yang diboncengnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Mak Lagam-Cheneh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang, Salmayati Mohamad, 28, maut selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Kemaman, kira-kira jam 6 petang.

Ketika kejadian, mangsa membonceng motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang adiknya, Nurul Yuslinawati, 20, dalam perjalanan dari Mak Lagam ke Cheneh.

Setibanya di tempat kejadian, motosikal terbabit dipercayai terbabas selepas melalui satu selekoh sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan  Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, adik mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Berita Harian X