Rabu, 24 Ogos 2016 | 12:12am
ULAT yang menyerang pada koloni log kelulut. - Foto Aslina Abu Bakar
LARVA black soldier fly yang membiak dan dipercayai menyerang sarang kelulut. - Foto Aslina Abu Bakar
KUMBANG Sap atau nama saintifiknya Haptoncus Luteolus yang menyerang sarang kelulut. - Foto Aslina Abu Bakar
KEADAAN madu kelulut yang melimpah akibat serangan ulat. - Foto Aslina Abu Bakar
SARANG kelulut diancam kerosakan akibat serangan ulat dipercayai daripada lalat dan kumbang. - Foto Aslina Abu Bakar
SARANG kelulut diancam kerosakan akibat serangan ulat dipercayai daripada lalat dan kumbang. - Foto Aslina Abu Bakar
LARVA black slodier fly, kumbang sab yang berada di dalam sarang kelulut dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti madu dan melumpuhkan industri kelulut Malaysia. - Foto Aslina Abu Bakar
SARANG kelulut rosak akibat serangan ulat. - Foto Aslina Abu Bakar
SARANG kelulut rosak akibat serangan ulat. - Foto Aslina Abu Bakar
SARANG kelulut. - Foto Aslina Abu Bakar
SARANG kelulut yang diserang ulat. - Foto Aslina Abu Bakar
SARANG kelulut yang diserang ulat. - Foto Aslina Abu Bakar

Serangan patogen, industri kelulut diancam keruntuhan

Oleh Aslina Abu Bakar

bhkt@bh.com.my

Foto Syafiq Ambak

KUALA NERUS: Industri kelulut yang mempunyai nilai tinggi dalam dan luar negara diancam keruntuhan berikutan serangan koloni ulat daripada serangga perosak yang dikesan sejak Jun lalu.

Kejadian ini bukan sahaja boleh melumpuhkan industri kelulut (meliponula ferruginea) malah merugikan usahawan yang menggunakan madu serangga itu sebagai bahan utama menghasilkan pelbagai produk sama ada untuk makanan, kesihatan dan kecantikan.

Dalam tempoh sebulan, kajian Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengesan sebahagian besar penternak dan pengusaha dari Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang mengalami kerugian kira-kira RM5,000 sehari kerana kebanyakan sarang dan madu kelulut mereka rosak.

Penyelidik UMT mendapati sarang kelulut diserang serangga perosak Black Soldier Fly (Hermetia illucens) atau lalat buah dan kumbang 'hive beetles' (Haptoncus luteolus).

Malah, ada yang terpaksa membakar tempat penyimpanan madu kelulut dan kawasan pembiakan kerana khuatir serangga perosak itu membiak dengan lebih aktif.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan UMT, Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak, berkata serangan ulat masih aktif dan sehingga kini Kedah menjadi negeri paling teruk diserang makhluk perosak itu.

"Pada 28 dan 29 Jun lalu, kumpulan penyelidik lebah dan kelulut UMT bersama Jabatan Pertanian Perak, Kedah dan Pulau Pinang ke lokasi yang dilaporkan mengalami masalah itu.

"Daripada laporan dan urutan peristiwa yang diperoleh, pihak kami dapati suspek patogen atau sarang pembiakan kelulut diserang koloni ulat terdiri daripada 'Black Soldier Fly', Lalat Buah dan kumbang 'hive beetles' daripada spesis Haptoncus luteolus dan Aethina Tumida," katanya kepada BH.

 Shamsul berkata, serangan makhluk perosak secara besar-besaran ini dipercayai berpunca daripada peralihan cuaca El-Nino yang melanda negara kita baru-baru ini.

"Ketika peralihan cuaca berlaku, barulah kita dikejutkan dengan serangan serangga perosak ini di ladang penternakan kelulut secara besar-besaran," katanya.

Beliau berkata, penternak dinasihatkan membakar koloni kelulut yang diserang bagi mengelakkan serangga perosak merebak.

"Tanah di sekitar tempat pembiakan kelulut juga perlu dibakar dan diasingkan, penternak perlu sentiasa memantau keadaan kelulut serta membersihkan tempat pembiakan serangga patogen seperti longkang serta kawasan pembuangan sisa organik," katanya.

Sarang kelulut "dirampas"

Kajian mendapati serangga Black Soldier Fly dan kumbang 'hive beetles' menyerang sarang kelulut untuk menjadikan ia tempat pembiakan baru.

Dr Shamsul Bahri berkata kerosakan biasa berlaku apabila larva yang menetas menggunakan madu, roti lebah dan keseluruhan broodcell dalam proses pembesarannya.

"Keseluruhan koloni akan terhapus dalam beberapa hari sahaja selepas dijangkiti oleh larva ini.   

"Kitaran yang berlaku mengakibatkan sarang rosak dan berlubang akibat gigitan serangga sehingga mengalirkan madu yang sekali gus merencatkan kualiti madu berkenaan," katanya.

Beliau berkata, lalat askar hitam itu adalah lalat yang sangat biasa daripada keluarga Stratiomyidae yang mana larvanya hidup dengan menghuraikan kompos.

Malah, katanya telurnya mengambil masa hanya empat hari untuk menetas, sekali gus memudahkan pembiakannya.

"Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menjejaskan ekonomi pertanian kita yang mana kelulut juga dikategorikan sebagai ejen pendebungaan dalam fertigasi.

"Kajian menunjukkan kesan penggunaan pendebungaan kelulut pada tanaman terbukti dapat meningkatkan hasil tanaman 20 hingga 30 peratus, terutama tanaman cili padi fertigasi.

"Jika dibandingkan dengan penternakan lebah dan kelulut dahulu hanya tertumpu pada madu, kini potensi ejen pendebungaan ini masih terserlah. 

Shamsul berkata, pengeluaran madu kelulut yang tidak banyak dan masih belum mendapat piawaian mengakibatkan ia tidak dapat dieksport ke luar negara sedangkan potensi pasarannya cukup tinggi.

"Kita sedia maklum 80 peratus madu yang terdapat di pasaran diimport dari luar negara kerana madu yang dihasilkan di dalam negara masih dalam kuantiti yang rendah sama ada madu kelulut atau madu lebah.

Info kelulut

# Madu dijual pada harga antara RM250-RM300 sekilogram

# Nilai import magu RM54.567 juta (2015)

# Nilai export RM21.578 juta (2015)

# Mengandungi bahan utama asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik

Antara khasiat dan kegunaan madu kelulut 

- Meningkatkan metabolisme badan

- Sebagai suplemen untuk kesihatan

- Dijadikan asas bahan kecantikan dan kesihatan

- Kandungan propolis yang tinggi khasiat

1. Kumbang Black Soldier Fly (Hermetia illucens) mempunyai kitaran hidup yang pendek yang mana tempoh telur menetas mengambil masa 4-5 hari, larva selama 15-20 hari dan menjadi prepupa selama 20 hari.

2. Kumbang Haptoncus luteolus adalah serangga buah

144 dibaca
Berita Harian X