Selasa, 23 Ogos 2016 | 7:37pm
SEORANG remaja kritikal selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor kerbau di Kilometer 120, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Pusat Beli-Belah Mesra Mall, Kemasik. - Foto hiasan

Remaja kritikal rempuh kerbau

CHUKAI: Seorang remaja kritikal selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor kerbau di Kilometer 120, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Pusat Beli-Belah Mesra Mall, Kemasik, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Amirul Syafiq Abd Rahman, 21, parah di bahagian kepala serta badan dan dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC secara bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perumahan Rantau Bukit Kerteh.

Sebaik tiba di tempat kejadian, sekumpulan kerbau melintas dan mangsa gagal mengelak lalu merempuh seekor kerbau terbabit.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kerbau seberat kira-kira 100 kilogram terbabit mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Berita Harian X