Ahad, 21 Ogos 2016 | 7:59pm
KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas dan terbalik dalam kemalangan maut di KM 75.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Machap. - Foto BOMBA
KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas dan terbalik dalam kemalangan maut di KM 75.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Machap. - Foto BOMBA

Tiga maut, pacuan empat roda terbabas di Machap


KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas dan terbalik dalam kemalangan maut di KM 75.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Machap. - Foto BOMBA

BATU PAHAT: Tiga termasuk seorang wanita warga tua maut selepas pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Machap, petang tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 4.50 petang, Tan Ah Kim, 86, Gan Kim Leng, 74, dan Lai Kuen Seng, 47, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Seorang lagi mangsa, V Jaya Kumar, 64, pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk rawatan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan Isyadi Dani, berkata dua jentera dari balainya serta Simpang Renggam dengan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

"Menerusi maklumat awal saksi kejadian, kenderaan dinaiki mangsa tiba-tiba terbabas dan terbalik di lokasi kejadian.

"Tiga mangsa termasuk seorang wanita warga tua disahkan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi cedera parah," katanya.

Difahamkan, semua mangsa yang berasal dari Melaka itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Johor Bahru.

Berita Harian X