Ahad, 21 Ogos 2016 | 5:00pm
Kenangan Ir Radzi bersama bapanya, Jamali.

Bapa penyanyi Ir Radzi meninggal dunia


Kenangan Ir Radzi bersama bapanya, Jamali.

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Ir Radzi, Jamali Ellen, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuching, kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Jamali meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat jangkitan pada paru-paru. Beliau meninggalkan empat anak dan seorang balu.

Menurut pengurus penyanyi terbabit, Aszuad Zakaria, Ir Radzi bergegas pulang ke Kuching malam tadi sebaik saja mengetahui bapanya dalam keadaan koma.


Allahyaham Jamali Ellen.

"Arwah sudah beberapa hari tidak sihat. Ir Radzi bagaimanapun bergegas pulang ke Kuching malam tadi apabila dimaklumkan bapanya jatuh koma. Sebelum itu kami berada di Putrajaya, menjayakan acara anjuran sebuah stesen radio.

"Beliau sempat berada di sisi bapanya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Keluarganya juga berada di sisi arwah ketika beliau disahkan meninggal petang ini," kata Aszuad kepada BH Online.

Berikutan itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sempurna Waktu berkenaan membatalkan pembabitannya dalam dua persembahan pada minggu depan bagi menghormati pemergian bapanya selain berada di sisi ibu dan keluarga pada waktu yang mendukacitakan ini.

Berita Harian X