Sabtu, 20 Ogos 2016 | 2:29pm

Doping: Tiada tarikh penggantungan Russia ditarik


KETUA IAAF, Sebastian Coe. - Foto Reuters

RIO DE JANEIRO: Ketika tarikh kejohanan dunia 2017 kian hampir, ketua Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Sebastian Coe tidak mengetahui bila penggantungan Russia di pentas antarabangsa akan ditamatkan.

Coe menguatkuasakan penggantungan ke atas Russia sejak November lalu selepas laporan bebas Agensi Anti Doping Dunia mendedahkan kewujudan penyalahgunaan doping sistematik yang ditaja negara terbabit.

Hanya seorang atlet dari Russia, iaitu atlet lompat jauh, Darya Klishina dibenarkan untuk beraksi di Ria dan ia disebabkan dia beraksi di Amerika Syarikat dan sudah mendapatkan kelulusan ujian anti doping.

Disebabkan itu, ramai atlet berfikir sama ada atlet Russia akan beraksi di kejuaraan dunia di London, tahun depan.

"Saya tidak tahu apakah tempoh masanya," kata Coe dalam temuramah kepada AFP ketika ditanya mengenai isu terbabit.

"Begitupun, saya tidak menyertai olahraga dan mahu melarang atlet daripada bersaing. Tetapi saya tidak datang ke dalam olahraga mahu melarang atlet bersaing.

"Saya bukannya seorang yang isolationsist secara semula jadi. Saya tahu ini perlu diselesaikan.

"Ini bukannya kes dengan mengatakan persatuan itu digantung, buku ditutup. Ia bukannya posisi yang baik buat sesiapapun untuk berada di dalamnya."

Sekali pun Coe dan IAAF itu pendirian tegas terhadap atlet dari Russia, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan untuk membenarkan atlet Russia lain untuk bertanding di Rio di sebalik penggantungan secara besar-besaran terbabit. - AFP

Berita Harian X