Khamis, 18 Ogos 2016 | 11:11am

Pemandu lori maut langgar treler


Bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan dekat Kuala Kangsar, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

KUALA KANGSAR: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 250.9 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu menyebabkan Chua Beng Lim, 39, tersepit di tempat duduk pemandu dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kelindannya bagaimanapun tidak cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Khairil Anuar Shaharuddin, berkata mayat dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat," katanya.

Berita Harian X