Rabu, 17 Ogos 2016 | 12:50pm
MANGSA dibawa menaiki ambulan oleh anggota Bomba. - Foto Ihsan Bomba

Jururawat cedera ketika turun Bukit Broga


MANGSA dibawa menuruni Bukit Broga oleh anggota Bomba. - Foto Ihsan Bomba

KAJANG: Seorang jururawat hospital swasta cedera betis kanan akibat terjatuh ketika menuruni Bukit Broga di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Veronica Juliet Amaloono, 24, dikatakan mendaki bukit berkenaan bersama tiga rakannya untuk aktiviti riadah.

Bagaimanapun, mangsa tersadung sebelum terjatuh ketika turun dari puncak bukit, menyebabkan kakinya cedera.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata lapan anggota dari Balai Bomba Semenyih diketuai Shairulnizam Wailie bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.39 pagi.

"Bomba mengambil masa satu setengah jam untuk menurunkan mangsa dari puncak bukit berkenaan menggunakan pengusung.

"Mangsa diserahkan kepada ambulans Klinik Kesihatan Semenyih dan dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan," katanya.

22 dibaca
Berita Harian X