Selasa, 16 Ogos 2016 | 11:24pm

Olimpik: Azizulhasni harungi pusingan penyisihan


JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang. - Foto Rosli Rahmat

RIO DE JANEIRO: Jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang terpaksa menempuh aksi repechage (penyisihan) sebelum layak ke pusingan kedua acara keirin di Velodrom Olimpik Rio, sebentar tadi.

Pelumba yang terkenal dengan jolokan 'The Rocketpocketman' itu menjuarai repechage pertama daripada empat saringan.

Pelumba yang tampil beraksi kali ketiga selepas Beijing 2008 dan London 2012 itu terpaksa mengharungi repechage selepas sekadar menduduki tempat kelima daripada tujuh pelumba dalam perlumbaan saringan ketiga pusingan pertama.

Persaingan dalam Repechage itu membabitkan pelumba yang tewas pada pusingan pertama.

Berita Harian X