Ahad, 14 Ogos 2016 | 9:33pm

MotoGP: Pelumba Ducati takluk GP Austria


PENUNGGANG Itali, Andrea Iannone meraikan kemenangannya pada saingan Grand Prix Austria di Spielberg, sebentar tadi. - Foto AFP

SPIELBERG, Austria: Andrea Iannone menyambar kemenangan sulung dalam kejuaraan MotoGP apabila mengungguli saingan Grand Prix Austria di sini, sebentar tadi, sekali gus menghadiahkan Ducati kemenangan pertama sejak 2010.

Iannone bermula daripada petak depan, dan meskipun kehilangan kedudukan peneraju seketika kepada rakan sepasukan Andrea Dovizioso, dia kemudian kembali di depan pada penghujung perlumbaan dan tenang mengekalkannya.

Kali terakhir pasukan Ducati yang berpangkalan di Itali merasai detik manis itu adalah ketika Casey Stoner menguasai Grand Prix Australia enam tahun lalu.

Tetapi mereka muncul terpantas sepanjang minggu ini tatkala MotoGP membuat kepulangan semula ke litar Red Bull Ring buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun.

Juara bertahan Jorge Lorenzo melengkapkan podium dengan meraih kedudukan ketiga.

Keputusan:

1. Andrea Iannone (Italy) Ducati 39:46.255

2. Andrea Dovizioso (Italy) Ducati 39:47.193

3. Jorge Lorenzo (Spain) Yamaha 39:49.644

4. Valentino Rossi (Italy) Yamaha 39:50.070

5. Marc Marquez (Spain) Honda 39:58.068

6. Maverick Vinales (Spain) Suzuki 40:00.596

7. Dani Pedrosa (Spain) Honda 40:03.318

8. Scott Redding (Britain) Ducati 40:15.692

9. Bradley Smith (Britain) Yamaha 40:16.040

10. Pol Espargaro (Spain) Yamaha 40:23.349

11. Danilo Petrucci (Italy) Ducati 40:26.020

12. Michele Pirro (Italy) Ducati 40:26.021

13. Loris Baz (France) Ducati 40:30.539

14. Tito Rabat (Spain) Honda 40:31.259

15. Cal Crutchlow (Britain) Honda 40:49.501

- AFP

Berita Harian X